Blog Jalinan Cinta

Jalinan Cinta
Perjalanan Seorang Wanita,
dalam Menjalin Cinta-Nya

Monday, 24 September 2012

DIY VEIL RESEPSI

Salam Sejahtera
buat sayangs ku sekalian!

Hari ini, sedikit pengisian tentang cara-cara
Cik Bie men DIY Veil untuk resepsi perkahwinan Cik Bie nanti
Untuk Veil ini, Cik Bie gunakan material NET
yang telah dibeli sebelum hari raya lepas.
ada diceritakan dalam entri ini


Net ni sangat lembut dan berbidang 60"
So, untuk veil ini. Cik Bie gunakan 2 meter sahaja
RM19.50 X 2 = RM39.00 Sahaja

Hahaha. Terkedek-kedek kan? baru la ni nak buat
Berikut adalah cara dan langkah yang Cik Bie gunakan


Mula-mula sediakan Pita Pengukur (Tape)
Ukur panjang veil yang dikehendaki
Mulakan ukuran daripada tengah kepala hingga ke
suatu paras yang dikehendaki

Selalunya paras lengan, punggung, atas punggung, dan tumit
Untuk veil resepsi Cik Bie, Cik Bie buat hingga ke paras tumit
Tak buat meleret, sebab resepsi bukan buat kat dewan pon
Kang menyeret rumput + pasir je


Ukuran 1 adalah ukuran panjang Veil Cik Bie
Setelah dapat ukuran panjang,
Cik Bie lipat 2 kain net yang berbidang 60"
dan gunting ikut pola di bawah



Selalunya ukuran 2 adalah ukuran daripada kepala ke hunjung jari tangan
Tapi, boleh diubah suai mengikut kepanjangan yang dikehendaki
oleh si pemakai veil tersebut
So, kesimpulannya terserah kepada u'ols ya

Ukuran ke 3, ukuran 1/2 daripada bidang kain tersebut
kegunaannya supaya senang nak buat pola
HALFMOON
untuk bawah veil


Pola Separa Bulat Cik Bie,
Selalunya, Cik Bie memang akan demo atas kertas dulu
sebab nak elak daripada buat silap masa menggunting tu

So, bagi Cik Bie, pola separa bulat ni pun boleh 
dilakar ikut kretiviti masing-masing
supaya ikut betul2 bulat,
jadi bentuk D
atau apa-apa bentuk sekali pun

Lepas tu, pola tu boleh la disimpan untuk keturunan akan datang
Ceeewwaahh.. x pon hantar gi patten
sapa curik! kena saman la
sebab tu hasil kerja u'ols yang asli
Tulis tarikh siap2 atas pola tu
*eh! melalut plak*


Ukuran 3 x 2



Lepas tu, pin pola tersebut supaya tak bergerak
Baru boleh menggunting,




Maka, siaplah sesi menggunting
dan boleh proceed ke step yang seterusnya.
iaitu menampal border lace dan membeading
Yang tu, masih dalam proses lagi.
Moga cepat-cepat siap la hendaknya 
Amin..

Nota KakiTangan :
Buat sesiapa yang bertanya mengenai tempahan kasut
Cik Bie mintak maaf sebab tak dapat nak buat review
dalam masa terdekat sebab belum sempat jumpa
kazen Cik Bie dan menemuramah beliau.

Sesiapa nak tahu lebih lanjut tentang kasut tu
Stay Tune! Tetap bersama blog Cik Bie
Check it out~! :D
hehe


22 comments:

  1. gigihnyer b2b nie.. izfa mmg xwat r benda2 ni sume dulu. hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. gigih sebab cerewet kot.. hehe.. kalau boleh semua benda nak buat sendiri. haha :D

      Delete
  2. wah panjang nya veil...
    teringin tp org nya ni katik...
    kang nmpk serabut pulak.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, saranan designer, orang bertubuh rendah tak boleh buat veil panjang, memang akan menampakkan kita lebih rendah. Tapi kalau dah nak, kita tak peduli apa org ckap kan? haha :D

      Delete
  3. Rajin & kreatif cik Bie ni!hehehe i like.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ cik mia.. :) hope dapat share sumthing n get sumthing juga from uóls

      Delete
  4. Rajin cik bie... tak sabar nak tengok hasilnya...
    Kasut tu tak sempat le jawabnya nak tempah pun. Sebab kenduri awal bulan 12 ni. Terpaksa beli yang dah siap. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak sayg, kalaulah cik bie hantar tempat cepat. dapat share kan? sorry zarith.. moga majlis awak berjalan lancar.. amin

      Delete
  5. kalau dah anak tailor.. anak tailor jugak kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal.. hahaha..sama-sama anak tailor kan. saling memahami

      Delete
  6. kite pon tak buat lg utk nikah ni..huhu
    last minit gak jawabnye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik susu.. buat cepat! heheh force dia.. :D

      Delete
  7. cik bie, kita de something nk tanya..ni email kita arewin_86@yahoo.com

    ReplyDelete
  8. cik bie.. utk nikah cik bie pakai veil ni gak ke? hehe gigih btl pakai veil labuh ye.. nina mybe pakai singkat je kot.. sbb nnt meleret atas pasir. hihi btw, xsbr nk tgk outcome.chayookkk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk nikah veil lain, ni veil untuk sanding sahaja. hehe :D

      Cik bie tak buat leret, just sampai tumit jer nina.. pas pakai heels, tergantung lah dia diawangan.. sayang la leret nanti kotor.. nak simpan di muzium kenangan abadi ni.. ahaha

      Delete
  9. Yeah..bestnyer..dh le proceed dah tu...xsbr nk tgok beading nnti....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeaay! TQ cik mah.. now tengah menggigih gugahkan diri membeading ni.. huhu..pray for me ya. moga cepat siap. haha

      Delete
  10. cik bie..nak 1...hahahaha ;p

    ReplyDelete
  11. kreatif la cik bie nie.. nak try buat utk e-day nt la! thanks cik bie :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. Thanks for support ida :)
      Boleh cuba ya :) hehehe

      Delete
    2. hehehe.. Thanks for support ida :)
      Boleh cuba ya :) hehehe

      Delete

Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Cik Bie. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx

© Blog Jalinan Cinta, AllRightsReserved.