DIY Crepe Paper Flower
Salam buat semua peminat setia rancangan olok-olok kat Blog Cik Puan Bie
cewaaahh... Hari ini Bie nak kasi up tutorial atau DIY
DIY Crepe Paper Flower
Walaupun Bie tahu,
dah ramai sangat orang yang buat tutorial ni
tapi, dek kerana memenuhi permintaan
B2B Fatin Nadhirah
Bie pun kasi up entri ini sekali lagi untuk taun 2018 untuk tatapan
Cik Fatin dan sekalian B2B yang lainnya. Yok.! mula DIY Crepe Paper Flower ni
Berikut adalah bahan utama,
Crepe Paper (1 keping = RM0.60)
dan dawai bunga (1 bungkus = RM1.00)
Untuk bunga Bie, Bie pakai dawai no.26, sebab dia agak keras.
Jadi, bunga kita tak meliuk lentuk
bila dililit pada batang lidi sate nanti (untuk kegunaan bunga telur)
Kalau nak lagi keras, boleh guna dawai yg lagi rendah nombornya
sebelum ni, Bie dah cuba guna No.30
Sangatnlah lembut. uhuhuhu..
Kemudian, Bie lipat 2 bahagian pada 1 batang dawai tadi
seperti dalam gambar dibawah
Barulah boleh dipotong
Buatlah, sebanyak yang dirasakan perlu
1 bungkus dawai ada 50 batang,
jadi, setelah di potong 2,
u'ols secara tak langsung dapat 100 batang
dawai untuk kegunaan membuat
Crepe Paper Flower
Bagi cara memotong crepe paper,
u'ols boleh lihat keratan rentas dibawah
potong mengikut garis putus-putus seperti dibawah
Maka, u'ols akan dapat sekitar 24 keping
crepe paper flower yang berbentuk 4 segi tepat
Contoh memotong line merah seperti dalam rajah keratan rentas di atas
Kemudian, ambil 4 helai crepe paper yang siap dipotong
untuk meneruskan langkah seterusnya
bagi 1 crepe paper, u'ols akan dapati,
u'ols dapat 6 set crepe paper
1 set = 4 keping
Selepas itu, gabungkan keempat-empat crepe paper tadi
dan lipatkan ia supaya menjadi seperti lipatan kipas
Setelah siap lipatan hingga ke hujung crepe paper,
ambil batang dawai yang telah siap dipotong
untuk meneruskan langkah seterusnnya
Letakkan dawai dibahagian tengah crepe paper
(yang siap dilipat)
dan pintal dawai berkenaan
Setelah itu, gunting bentuk separa bulat di hujung
kiri dan kanan crepe paper yang telah siap
dilipat itu tadi.
Hasilnya akan jadi seperti ini.
Kalau, majlis lama lagi. Boleh simpan dalam bentuk ini
If dah dekat baru kembangkan bunga crepe paper kita
seperti langkah dibawah.
Kembangkan bunga tersebut,
asingkan sehelai demi sehelai, helaian yang kita cantumkan sebelum ini
supaya dia dapat membentuk menjadi sekuntum bunga
Bunga Crepe Paper, setelah siap di kembangkan.
*Pandangan Atas*
*Pandangan Bawah*
Nota KakiTangan :
Siap sudah DIY Crepe Paper Flower Bie ni,
selamat mencuba kepada semua yang mahu DIY
dengan bunga ini yang cantik dan semestinya comel. Hiks :D
Good luck buat semua!
Moga bertemu dilain waktu hendaknya
Love u'ols
42 Ulasan
Senang kan? Dah la murah, cantik pulak tu.hehe
BalasPadamSetuju dengan ana!. Yup sangat murah. 1 kuntum lebih kurang seposen je harganya. Berbaloi-baloi kan?
Padamcreative nye ! Nak try la nnti :)
BalasPadamjangan lupa mencuba ya alyn.. Good luck! :))
PadamSenang kn buat dia..tp linda mule2 fail gile bab lipatan nk dptkn saiz dia tu..oh,tu ye size dwai yg sesuai,aritu linda trsalh bli saiz dawai yg halus..mmg liuk lentuk la.
BalasPadamaah, sangat senang kan linda? linda sama dengan bie. at 1st dulu pon guna dawai yang lembut, dawai no.30 sangat lembik. terliuk lentuk la akibatnya kan? hahah :D
Padamsenang dan comelll :))
BalasPadamYup! setuju dengan cik saila :))
Padami loike purple..hahaha..cantik la bie..nak try buat juga..tp tunggu la dl..hehehe
BalasPadamYeaay! sama.. cik bie pun suka kaler ungu :))
Padamjangan lupa buat ya ain :))
izfa wat gini i gak utk pomander ball kt bilik.. huhu.. nmpk sgt izfa xreview apa2 psl wedding.. sgt mls kan.. suka usya blog org jer.. :)
BalasPadamBuat la izfa, mana tau boleh jadi pedoman n buah fikiran kpd yg lain kan? :))
PadamTerima kasih Cik Bie...love it...nak tany crepe paper in bulk CIk Bie beli kt ner yer...
BalasPadamSama-sama.. kat mana2 kedai bunga ada jual fatin, kat kedai stationary pun ada.. cakap je crepe paper untuk buat bunga.
PadamInsya'allah ada jual
Cik Bie agak confuse la cmne Cik Bie potong kertas crepe 2...Fatin x faham...
BalasPadamKertas tu saiz besar, mula2;
Padam1. lipat 2 menegak,
2. lipat 4 kali lipatan menegak.
3.gunting sehelai demi sehelai lipatan menegak tu,
4. Kemudian baru lipat secara melintang sebanyak 2 kali. ikut garis merah putus2 tu
yayyy! crepe paper flower mmg comel dan senang nak buat ;)
BalasPadamyup.. yeay! gimme 5. senangkan? hehe :)
Padamcantik dan nampak mcm senang! thanks bie! =)
BalasPadamsenang je ayong.. good luck! :))
Padami buat guna tisu :)http://perjalananutaraselatan.blogspot.com/2012/03/diy-tissue-flower.html
BalasPadamTq ada.. sebab sama-sama berkongsi :))
Padamfyka wat cara yg sama tp gna tisu..:)
BalasPadamguna tisu pon boleh kan? hehehe.. lebih jimat rasanya
Padamcik bie, how to contact u through email dear? really need your help..ada letak link email kat man2 ke?
BalasPadamok, boleh, hanisah hantar ke blog.jalinan.cinta@gmail.com
Padamkita communicate disitu ya :)
nanti cik bie letak emel ni di side bar
thanks cik bie, dah email..
BalasPadamok cik nisa, bie dah reply :))
Padamteringin nak buat. nampak cantik. :D
BalasPadamHi Cik Bie banyak informasi saya dapat bila masuk blog Cik Bie
BalasPadamSaya B2B juga tapi tak start apa lagi, so bila tengok tutorial ni rasa semangat pula.
Thanks banyak informasi dapat, mungkin lepas ni akan banyak bertanya kat Bie :)
saya dah buat cik bie..mmg cute sgt...suke~~
BalasPadamterima kasih =)
cikbie~ how to lipat2 jd bunga2 die tu? haha. fail betul la bab2 DIY ni T_T
BalasPadamcantek dan senang je nak buat kan..nanti boleh diy utk majlis sy pulak :)
BalasPadamtq awak..mmg dok cari cara buat bunga nie sebab nak buat untuk majlis anak GK...
BalasPadamtak sabar nak buat.....siyesly....im plan on diy pelamin...hihihi
BalasPadam@nini Wahhh.. thats great!.. good luck nini. Nanti jangan lupa review dan beritahu bie tauu :D
BalasPadamas salam....sis sye ni serius x creatif...bile buat past last nape ye x jdi mcm sis hbis satu paper dh try...yg lupatan kecik2 tu sis buat brpe kli lipat..nk jgak buat sampai jdi
BalasPadamoo, main pakai lipat-lipat je kan? Senang je.
BalasPadamkos berapa ya untuk semua ni, termasuk siap reben untuk sebatang pokok bunga ni?
Assalamualaikum bie..thanks for sharing..mudah sgt..dalam perancangan nak buat..cuma tak ada ilmu tu yang mencari..jumpa pulak perkongsian bie ni..tq
BalasPadamThank you... great information gor me 😍
BalasPadamsis2 semua,mana nk dpt crepe paper flower ni??sbb dh cri kt cowboy xda...adoiii...mjlis nk dkt dh ni..tnya kwn2 semua kata xtw...plis...
BalasPadamBoleh dapatkan dimana-mana kedai bunga dan kedai menjual barangan hantaran pengantin.
PadamTerima kasih kerana sudi bertandang ke nabihamashut.com. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx