Cak!cerita tentang goodies dalam goodie bag pada entri 
yang lepas. Dalam beg tu CikBie cuma letakkan seketul
cupcake air tangan sendiri dan 1 pack gula-gula berbungkus
didalam brown paper bag dengan sedikit dekorasinya.



Zazzz.. cerita tentang buat cupcake. Bila fikir-fikir balik
erkk, kenapa aku nampak rajin sangat ni? Hahaha.. tergelak sendiri
sekarang pon dah malas buat kek. Padahal, masa sebelum kawin
semangat sangat buat kek sampai beli oven, mixer, spatula
dan semua benda buat cake pun lengkap.

Alhamdulilah buat tak banyak, makanya bolehlah buat dan
masukkan dalam goodie bag untuk tetamu yang datang ke
Majlis Pertunangan ZN tu. Alhamdulilah sangat jimat tau
kalau buat cupcake sendiri. Kalau tempah cupcake, mahunya
sebiji jatuh harga RM2-3 kan? Kalau fondant lagi mahal.

Jom buat cupcake sendiri, Cik Bie share resepi kat sini ye

Cupcake CikBie 
(untuk 25-30 cupcake)

2 3/4 cawan Tepung gandum
3 biji telur
1 sudu kecil Baking Powder
1 sudu kecilSoda Bikarbonat
1 cawan Susu Pekat Manis
1 cawan gula pasir
1 cawan Serbuk Koko
1 cawan air panas
1 cawan Minyak Jagung
1 sudu kecil Esen Vanila
Chocolate Chip (untuk hiasan)

Cara-cara

Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat
Pukulkan 3 biji telur sehingga kembang, masukkan gula pasir
setelah kembang, masukkan tepung yang telah diayak
secara perlahan-lahan. 
Masukkan minyak, susu
Campurkan serbuk koko dan air panas dibekas lain
kemudian masukkan campuran tersebut ke dalam mixer tadi.
Biarkan sebati berlama-lamaan. hehehe..
barulah masukkan esen vanilla.


Setelah siap, masukkan ke dalam cawan cupcake
taburkan chip cokelat diatasnya. Biarkan sebentar.
Bakar dengan kepanasan suhu 150 darjah celcius selama
15-20 minit mengikut tahap kemasakkannya.


Good lucks all my sayangs.

Resepi mudah dan komfem jadi.! Peace


Cupcake dijadikan goodies untuk pertunangan.


Sekian, Selamat Malam

Bye!

2 Ulasan

  1. Wah....ni terlebih rajin ni...bgus2...jimat kan..wah..ada resepi skali ni..hehe

    BalasPadam
  2. rajinnya cik bie ni.. kat mana ek dpt kekuatan utk semua tu??? ina dulu malas gilar2... hehehe

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi bertandang ke nabihamashut.com. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx