Majlis yang digabungkan serentak (Merisik+Bertunang)
telah berjalan seperti yang direncanakan. Kami keluarga
perempuan meletakkan jumlah hantaran yang minima iaitu
5 balas 7 dan sebentuk cincin tanda sebuah perjanjian
sudahpun dimeterai. Maka, berbincanglah kedua keluarga
untuk menjalankan majlis perkahwinan kami pada bulan 8,
sebaik sahaja selepas hari raya. Bulan 8? tapi kenapa kami
berkahwin bulan 5?






Itulah pokok ceritanya, setelah disepakati kedua-dua
keluarga. Semuanya bersetuju untuk menyatukan kami pada
tanggal 30 Mei 2014 atas sebab masa bulan Mei tu ada cuti 
sekolah penggal pertama yang agak panjang.

Memandangkan kedua ibu bapa mertua CikBie tu cikgu sekolah
makanya kedua pihak sepakat pilih tarikh 30 & 31 Mei 2014
Akhirnya kami pun sudah bertunang! yeay!!

Alhamdulilah, dengan penuh kesyukuran dan doapun dipanjatkan


Sekitar perjalanan majlis berlangsung yang hanya dihadiri oleh
pihak lelaki dan saudara mara terdekat.






Jangan gegedik ye, lesen belum dapat!
hehehehe.. nampak ni. *garang kan CikBie
ngeeeee..sikit jer..

 



Perjalanan menuju halal pun bermula


2 Ulasan

  1. asslmkm.. waaa, cantiknya dia.. tahniah.. =)

    BalasPadam
  2. @Sya Mimie Waalaikumsalam Sha.. Selamat datang dan terima kasih. keep in touch yaa..

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi bertandang ke nabihamashut.com. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx