Hye kawan-kawan, hari ni terlebih rajin pulak secara drastik
terkeluar pulak 1 lagi entri, tapi tak jaminlah sama ada
dalam masa beberapa jam lagi keluar lagi satu entri kan?
ahahahha.. Wallahualam. Ni kes terlebih rajin atau rasa
nak cecepat-cepat habiskan review semua hal dalam 
persiapan majlis pertunangan dan perkahwinan. Macam
Entri marathon pulak ye. Hahaha.. mungkin suatu hari nanti
kita boleh organize program entri marathon ni. Erkkk
OK dah melalut dahhh.. Stop Bie!

Lepas tu boleh dah masukkan entri-entri semasa yang 
lebih fresh.! Mohon maaf sebab ketika persiapan sebenar berlaku
Cik Bie tak dan nak pegang lappy pun, bukan apa, memang
seriously tak sempat. I've 1 bulan untuk buat persiapan
pertunangan. 5 bulan untuk persiapan majlis perkahwinan.

Lumrah hidup Cik Bie, daku ni semua benda pun nak manage
sendiri. Tapi, akhirnya terpaksa akur. Tak semua benda
yang kita rancang dapat kita jalankan dengan sendiri.
Kadang-kadang, kita perlukan bantuan orang lain juga.
We have our limitation.

Makanya, lepas majlis baru Cik Bie ada masa nak review
semua majlis dan persiapan sepanjang membuat perancangan
dalam majlis pertunangan dan perkahwinan :)



Untuk majlis pertunangan, CikBie memilih untuk menggunakan
gabungan warna hijau dan pink!

Yeke hijau dan pink ni? Nampak warnanya pelik kan?

Nama Saintifik bagi kedua-dua warna ini adalah;

Hijau = Lucite Green
Pink = Salmon Rose

Ini adalah warna yang kami (Z + N) sepakati untuk gunakan
bagi majlis pertunangan kami. 2 gabungan warna yang tidak
disengajakan secara langsung.


Masa ni, kami nak pergi beli kain untuk buat baju CikBie
at last, kami pilih kaler ni sebab kebetulan Baju kemeja Z
ada kaler yang macam ni. Makanya, kami pun pilih warna ini
dengan niat, Z tak payah beli baju kemeja dah. Jimat.


Makanya, tercetus idea nak gabungkan dengan warna Salmon Rose ni
sebab I love block color dan nak naikkan element warna pastel
dan rona lembut untuk si penunang. errrrr.. *ahaks! lembut lah sgttt

Ok, Itu saja nak cerita.! Bye all. 

Love CIKBIE

1 Ulasan

Terima kasih kerana sudi bertandang ke nabihamashut.com. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx