Seminggu yang lepas, dalam kesamaran
Cik Bie sedang menyibukkan diri mengupdate segala macam
persiapan pertunangan dan bakal memasukki isu persiapan
perkahwinan. Secara tiba-tiba, En.Z demam. 

Melihat keadaannya yang lemah, Cik Bie bawa ke hospital 
panel Cik Bie di Taman Desa. Lepas uji suhu, En.Z terus 
kena drip air dan menjalani ujian darah.

En.Z positif denggi.

Terus waktu tu juga doktor nasihat untuk tahad dalam wad
tapi memandangkan jarak Taman Desa dan Kota Damansara agak jauh
Cik Bie tukar En.Z masuk wad di Tropicana Medical Centre.

Seminggu di Wad, setelah masuk 3 bulan kami berkahwin.
Celebrate pun dalam wad jelah ye. Hehehe.. Tapi, masa tu
tuhan je yang tahu hati dan perasaan Cik Bie yang sebatang kara
di KL ni. Kawan-kawan tu ada, tapi keluarga 2 pihak semua jauh.

Bila dah berkahwin, baru kita sedar akan kepentingan 
keluarga dan sanak saudara terdekat. Tapi masalahnya,
sedara terdekat pun jauh juga. Yang ada pun, yang belum
berkeluarga. Pokok pangkalnya, memang kami berdua ni
memang si pengembara jauh dari keluarga. Hehehe.. Baru sedar 

Selepas seminggu tu,
Alhamdulilah, kesihatan En.Z kembali pulih. Moga tetap
terus sihat dan dipanjangkan umur. Mohon doa daripada 
semua. Amin ya Rabb..


11 Ulasan

  1. alhamdulillah.....

    semoga bie dan suami sentiasa sihat insyaallah

    BalasPadam
  2. alhamdulillah. bila berjauhan memang kena kuat.insyaAllah kalau dapat pelepasan next month sarah pindah ke selatan.jauh dengan both family.sobss

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah dh sihat...cik bie take care tau..

    BalasPadam
  4. @InaYusoff Alhandulillah.. terima kasih Ina :)

    BalasPadam
  5. @SarahSyafiq Tak apa Sarah, banyakkan redha dan saling kuat hadapi semua perkara bersama suami. Sebab kita dah bina hidup dan keluarga sendiri kan? kena blajar kuat dan matang. Insyaallah..

    BalasPadam
  6. @cik mah Alhamdulilah.. Insyaallah, TQ sangat2 cik mah :)

    BalasPadam
  7. alhamdulillah....

    sekarang musim denggi dah sampai tahap kronik. kat kelantan xpayah cakap la cik bie, sampai tidur atas kanvas tu.. cian sanagt2.. harap semuanya selamat kan..

    BalasPadam
  8. alhamdulillah....

    sekarang musim denggi dah sampai tahap kronik. kat kelantan xpayah cakap la cik bie, sampai tidur atas kanvas tu.. cian sanagt2.. harap semuanya selamat kan..

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi bertandang ke nabihamashut.com. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx