Zzzzzzz.. rasa nak tidur je seharian ni kat office
padahal kerja melambak-lambak, Assignment pun tengah tunggu 
gilirannya untuk disusahkan. Arghhhh.. kemalasan melampau-lampau
sampai nak gosok baju, masak, pakai tudung, nak makan pun malas
sangat keterlaluan kan? Haihhhhhhh..

Oleh demikian, sambil-sambil tu. Marilah kita update blog!
huuuuuuuuu..

Masa merancang majlis perkahwinan, sangat takut dan ngeri bila
bermain dengan duit. Siapa setuju?

Sebabnya, kalau kita tak berhati-hati duit akan terbang melayang
dengan banyaknya tanpa kita sedari. Bila nak sedar duit banyak hilang?
Semestinya selepas majlis perkahwinan berlangsung. Barulah kita
sedar, Ya Allah, banyaknya duit kita habis disana sini. 

Masa nak berkahwin, tiap kali telefon. Ibu mesti nasihat pada Bie
urus perbelanjaan kahwin dengan bijak. Jangan sesekali lepas kahwin
menanggung hutang. 

Bak kata ustaz Don dalam radio Suria.fm
"Orang nak kahwin sebab nak kaya, jangan kita kahwin sebab nak Kayap"

Nauzubillahiminzalik. 

Moga dijauhkan dalam kalangan kita. 
Biarlah hidup bersederhana, tapi hidup bahagia dan bebas daripada
belenggu hutang.Amin, Insyaallah..

Masa Bie ambil keputusan untuk hire Mak Andam a.k.a Bridal
Bie sangatlah cuak dan berasa stress. Sebabnya? Bie book masa tu
lagi 4 bulan nak berkahwin.Banyak bridal memberi maklum balas
bahawa pakej mereka dah fully book kerana tarikh Bie kahwin tu, 
tarikh hot selling. Almaklum masa cuti sekolah.

Bab harga, macam-macam harga masuk dan tak masuk akal yang Bie 
dapat masa mintak quotation harga (semuanya dilakukan secara
online/FB Chat sebab memang tak sempat nak balik kampung
untuk ke butik bridal untuk survey satu persatu)

Tambahan lagi, Bridal di Kota Tinggi sangatlah terhad. Akhirnya Bie memilih
Miza Collection setelah mendapat feedback yang bagus daripada
beberapa kawan Bie yang telah berkahwin. Mujur tinggal lagi 1 slot terakhir
dan cepat-cepat Bie minta ibu pergi booking dengan
meletakkan RM100 sahaja sebagai syarat untuk book tarikh perkahwinan
Bridal ni memang dah lamabertapak di Kota Tinggi.
Terletak berhampiran dengan Kedai Perabot Soon Huat, Kota Tinggi.

Demi mengikut budget perkahwinan yang telah ditetapkan untuk Bridal.
Bie cuma mahu pakai beberapa sahaja khidmat daripada bridal,
antaranya ialah;

Pelamin 3 panel (sebab tak reti nak DIY pelamin. Hahahah
Sebab tu Bie sangat salute dengan B2B yang pandai
DIY pelamin mereka. Thorbaik!)

Gambaran awal pelamin 3 panel yang dipilih

Tapi disebabkan Bie buat pelamin ni dalam rumah,
Makanya, tak dapat nak tangkap full view (ok, kesilapanku)


Servis Make up 3 kali (Nikah, Malam Berinai, Sanding)
Sebab haruslah tak reti nak make-up diri sendiri
Setakat pakai bedak, gincu, blusher dan eyeliner tu retilah

Solekan Nikah
Hiasan Meja makan berdamai - Pakej ni ada banyak jenis dah harga
yang telah ditetapkan. Bie pilih yang paling simple dan haruslah 
yang paling murah. Ahaks..


Pintu gerbang - Yang ni, Bie tak request pon. Tapi katanya dah
bundle up terus.

Aksesori yang perlu (Payung, Bekas Merenjis, Kipas, Crown, Rantai, Dll)

Semua barang-barang diatas dikira macam Ala Carte (macam KFC pula)
sebabnya Bie pilih asing-asing dan tak pilih pakej macam yang
selalunya bridal dah tetapkan. 

Kebanyakkan bridal yang lain selalu beritahu. Jika berkehendak begitu,
selalunya cas yang dikenakan akan jauh lebih tinggi berbanding
harga pakej sebenar mereka.

Tapi hakikatnya, kesemua barang yang Bie nak itu hanyalah menelan kos
RM1700 sahaja (termasuk kos upah dan pengangkutan). 
Bagi Bie, itu adalah bayaran yang berpatutan sebabnya, Bie pun
tak sewa baju mereka, sebab nak guna baju sendiri 
Jika termasuk pelbagai baju, dan lain-lain hiasan yang mewah. 
Maksimum harga quotation yang Bie pernah dapat
adalah antara RM5K - RM15K. Sobss.. awatlah mahal sangat?

Serasanya, ada tempat lain ada yang jauh lagi murah kalau kita rajin
mensurvey kan? Insyaallah. Kini, giliran B2B lain pula membuat
kerja-kerja macam ni. Hehehe..


Seminggu sebelum perkahwinan, Bie diuji dengan situasi yang mencuakkan
apabila berlakunya kejadian kebakaran di Kedai Perabot Soon Huat
yang betul-betul bersebelahan dengan Butik Miza Collection di Kota Tinggi

Masa tu, kawan-kawan share gambar-gambar daripada Whatsapp.
Terkejut sangat sambil berdoa, semuanya selamat.
Alhamdulilah, Butik tersebut tidak mengalami apa-apa kemusnahan
selain daripada sedikit kebakaran pada signboardnya.

Review mengenai Miza Collection
1. Mudah Berbincang secara online, Whatsapp, dan Telefon
2. Memberi Servis terbaik, pasang pelamin dan lain-lain
3. Datang ke lokasi majlis pada waktu sepatutnya
4. Saya sukakan make-up nikah (jurusolek lain), 
tiba-tiba jurusolek lain pula yang datang untuk 
make-up majlis berinai dan resepsi. Sedikit terkilan.
5. Test Make-up di Butik yang murah - Hanya RM50

Kesimpulannya, alhamdulilah Bie dan Suami berpuas hati dengan
servis mereka untuk majlis bahagia kami dan pelamin juga dibuka
2 hari selepas majlis perkahwinan. Maka, adalah masa nak 
posing-posing lepas majlis tu. Buka hadiah dihadapan tu sehingga
majlis benar-benar selesai.

Recommended bagi B2B Kota Tinggi & Johor!

4 Ulasan

  1. bnyk nya duit nk guna.. nk kawin ni

    BalasPadam
  2. @Liyliz Agak banyak, sebab tu kena banyak sangat berhati-hati. Kalau tak memang burst sana-sini. Sebab tu Kak Bie share pengalaman kak bie berjimat cermat (xdalah jimat sangat pon) ni. hehehehe :D

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah dipermudahkan...tp bnyk juga tu kurang hrganya tp hasil mmg puas hati tgok..

    BalasPadam
  4. Salam....siapa mekup nikah...siapa mekup sanding....

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi bertandang ke nabihamashut.com. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx