Hujung minggu "Ahad" sahaja yang Bie ada
untuk bermalas-malasan dirumah
setelah menghadapi 3 presentation bagi ketiga-tiga 
kelas yang Bie hadiri. Fuh!

Makanya, lepas buat breakfast, makan,
kemas-kemas rumah pagi ni, Kita buatlah blog walking
Singgah sat dekat Blog Abg Nara aka Beautifulnara
nampak pulak entri ini, tentang Mawar dan Fizo di Langkawi
Zuuuuuuuuppppp

Terus terkenang saat Bie dan Z pergi ke Langkawi
pada hujung bulan 10 baru-baru ini.


Huuu.. Kami pergi 3 hari 2 malam.
Asalnya tiket dibeli untuk percutian 5 hari 4 malam
Tapi, masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing
apatah lagi, Tarikh Deepavali tahun ini ditukar daripada
23/10/2014 ke 22/10/2014


Daripada ambil banyak sangat cuti,
terpaksa beli tiket lain untuk pergi ke Langkawi nu.
akhirnya beli juga tiket baru bertarikh 25/10/2014
dan pulag pada 27/10/2014
Pstt.. sebenarnya ada tersalah beli tiket Malindo
Terrrr beli tarikh 24/10/2014
takut nak beritahu En.Z, lama-lama terberitahu juga
Huh! membazir 2 tiket akhirnya.



Makan disini dulu, sebelum berlepas. Tak sangka kedai 
ni ada Akronim macam nama kami berdua. "NZ" ahaks! 


Yang setia menolak troli dipagi hari. Luggage yang besar tu,
Bie punya sorang ye. Selalu travel suka bawa backpack je
Tapi masa ni, memang surrender. Tak larat 
nak pikul masuk dan keluar daripada airport nanti.
Alang-alang nak memborong coklat.
mari bawak beg besar sikit. Naik Malindo ada free 15Kg kan
Gunakan sebaik mungkin dong!



Spot seat kegemaran kami berdua tiap kali berkelana!
Semestinya kat sayap. Entah kenapa tah! :D

Antara tempat yang sempat dikunjungi:
Oriental Village
Langkawi SkyCab
Tasik Dayang Bunting
Eagle Feeding
Pulau Beras Basah
Telaga Tujuh
Makam Mahsuri
Idaman Suri
Kedai Haji Ismail Group
Pantai Cenang
Dataran Lang


Aktiviti wajib buat;
Makan Ikan Bakar & Seafood
Island Hopping
Melihat Sunset dan Sunrise
Main Pasir
Makan Aiskrim tepi pantai
Mandi di Pantai
Berjalan menyusuri pantai
Candle light dinner
Beli Coklat




Ada beberapa tempat dan perkara yang tak sempat dibuat
atas batasan waktu dan kekangan keadaan.

Sobs! nak snorkelingggg & main banana boat loh!

Sebabnya masa ni, Bie dah pun berbadan dua (5 bulan)
masa nak pergi ni pun 2-2 parents pun risau
tapi, tau-tau jelah anak dia ni gambel je


Masa island hopping tu ada juga rasa seram
sebab naik bot yang laju dan rasa terhentak-hentak
bila bot tu langgar ombak. Apa yang boleh dibuat
hanya mampu berdoa dan jaga diri sendiri.
InsyaAllah, baby Mama kuat! hehe

Konon-konon nak surprise tentang pregnancy pada kawan-kawan
Tapi, terkantoi perut tatkala gambar diambil instagram
di Idaman Suri. Hehehhe. Bila 2-3 bulan
perut tak nampak lagi. Bila dah 5 bulan,
tak boleh nak sorok dah. Terasa segan pula.


Segan kenapa?
Sebab orang selalu akan cakap macam ni
bila tahu kita preggy pada awal perkahwinan
"Kau bunting pelamin! Pantas.."
Teruslah tersipu malu Bie dibuatnya.


Apa pun alhamdulilah dengan amanah dan rezeki daripada Allah S.W.T ini
Mohon rakan-rakan dapat doakan Bie dan Baby sentiasa sihat
dan dipermudahkan proses kelahiran nanti.
Terima kasih untuk doa semua.
Sayang u'ols sangat-sangat! muuuahhh

P/S : Review pasal wedding pun tak habis lagi kan?
Tetiba dah nak masuk review tentang pregnancy. Hiks!
Deng!



15 Ulasan

  1. congrats bie.. ape ig bie ni?hehhehee

    BalasPadam
  2. Tahniah bie.dah perasan satu pict kat yb tp segan nak tegur.hee, takut silap plak.tahniah2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe. tak pe sarah. Tegur je. Jangan sesegan :D hehehehe

      Padam
  3. hehehe bestnya honeymoon.
    Jaga baby elok2 ye... kalau ina masih lagi preggy mesti sama bulan dengan cik bie.. tapi ina gugur masuk bulan ke-3... doakan ina ye :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq ina.. Insyaallah, Ina jaga diri baik-baik tau. Amin..

      Padam
  4. tahniah Bie..cantiknya pic berbaju biru tu!

    BalasPadam
  5. @Liyliz Err..errr.. tetiba Liyliz jadi rimau! hahahaha

    BalasPadam
  6. @Cik Puan Tqah Terima kasih Tqah.. Follow Bie k?

    Instagram : @_b.i.e_

    BalasPadam
  7. @SarahSyafiq Hehehe.. Tak sangka ada juga yang sedar. ehehhehe. terima kasih Sarah. Doakan Bie ye :D

    BalasPadam
  8. @Keyna Bukan Honeymoon keyna.. jalan2 cari makan je. Amik angin sambil buang stress. hehehe.

    Alahai, sayangnya.. Insyaallah, Bie doakan Keyna, kita sama-sama doa ye :) Amin

    BalasPadam
  9. @Nursaila Norman Terima kasih Saila. Kebetulan warna baju Z sama dengan warna tudung Bie. hehehe :D

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi bertandang ke nabihamashut.com. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx