Sob.sob.sob,
dah masuk 3 hari Bie meninggalkan penggunaan
Pelembab muka Hazeline Snow dalam kegunaan harian.



Bie guna pelembab tu sejak daripada sekolah Darjah 6
sebab tekstur dia yang natural dan organik, selamat utk
kulit remaja dan dewasa juga.

Dulu, pernah juga ada niat bertukar ke produk lain.
Macam-macam Bie guna, Olay, Bio-Essence, Nano White,
dan macam-macam lagi. Tapi semuanya tak lekat dihati

1910 Hazeline Snow from a Burroughs Wellcome brochure.

Bila hari tak rela, muka pon masalah.
Hakikatnya, Bie tataulah sebab produk yang tak sesuai
atau sebenarnya hati Bie yang tak rela nak tukar produk lain.
Akhirnya, balik semula pakai Hazeline Snow yang satu itu.

Bie suka, sebab dia murah dan mudah
tak perlu nak ada toner ke, krim malam, krim kecantikan
macam sesetengah produk yang kena pakai semua set dia baru 
muka nampak kesan.

Sebab mungkin juga dah selesa dengan 1 produk ni je.

Masa Bie sekolah menengah dulu, ada kenyataan yang 
beritahu Hazeline Snow ni tak halal. Ada lemak babi lah
apalah. Banyak produk yang terlibat masa tu.
Termasuklah Colgate, Milo dan lain-lain

Tapi, akhirnya ternyata khabar angin tu adalah
Spam semata-mata untuk menjatuhkan pihak-pihak tertentu.
Sejak daripada itu, pengeluaran Hazeline Snow semakin Slow
mungkin dia dah lama sangat kat pasaran. Cuma ada 1 jenis produk
saja. Tak ada produk lain macam krim malam, masker dan lain-lain.

Kalau nak cari dia, cuma ada jual di Guardian dan Watsons. 
Kadang-kadang ada juga di 99 Speedmart.


Bermulalah kisah, lepas Bie melansungkan perkahwinan pada 31/5/2014
yang lepas. Tiba-tiba, semua stokis yang dinyatakan diatas tak lagi
menjual pelembab muka kegemaran Bie tu. Sedih! sangat sedih!

Selepas balik daripada majlis bertandang di Kelantan,
Tiba-tiba encik suami jumpa Hazeline Snow di 99 Speedmart
di Kota Damansara. Tinggallah itu, satu-satunya yang ada.

Akhirnya, Bie pun buat keputusan untuk tanya pihak pengeluar 
produk berkenaan, Unilever. Barulah dapat jawapannya.

Rupa-rupanya, pengeluaran untuk produk itu dah pun diberhentikan.
Maka, kesimpulannya tak akan ada lagi Hazeline Snow dipasaran Malaysia
dinegara lain, Bie yakin masih lagi ada.


Oleh demikian, Botol terakhir tu Bie gunakan dengan jimat cermat
Setia sangat kan? Awal bulan 11 ni baru habis, sejak bulan 6.
hahaha.. Lucu. Rekod paling lama! Lepas tu, Pening kepala nak tukar produk apa.
Bie jenis tak suka produk yang order dengan orang. Bila habis,
susah nak dapat dimana-mana. Lagi-lagi kalau tertinggal ke
diluar kawasan ke, dll. Makanya, Bie lebih prefer yang banyak dijual
dipasaran, terutamanya di Watsons atau Guardian.

Entri ini Tribute kepada satu-satunya pelembab muka
yang terlalu lama hidup bersama Bie.
2001 - 2014
RIP


Bye.!

8 Ulasan

  1. syukurnya kak bie tkda masalah kulit. mcm liz tgh recover smula kulit jerawat since went to langkawi hehehe. smoga kak bie jmp product yg sesuai

    BalasPadam
  2. Waaaa.betul la xde ni..jgn gelak kalau lelaki pakai ni,sbb hazeline snow memang slesa,lg 1 kene dgn kulit sy,dr thn 1996 pakai benda ni,lps tu stop kejap sbb muka dah ok.klau x lepas cukur mesti pakai krim ni.memang confirm la ni dah x keluar lg.nak guna krim apa lepas ni?suggestion?

    BalasPadam
  3. Patutla cr kat suma kedai xda stok. Skrg sy lum pki apa2 lg. Muka da jd kering. Bthn2 pki hazelin lembab je kulit. Huhu. Xtau nak pki apa da. Prob skrg muka xsekata. Sedih sgt

    BalasPadam
  4. ni la produk first yg saya guna waktu sekolah dulu *lepas dapat jerawat yg pertama*..memg elok..kalo ada jual pon mungkin belen2 production yg lama kan.

    BalasPadam
  5. Hai,,boleh saya bantu jika ingin beli hazeline snow,,invite pin saya ya, 7f9f2474, atau sms 082244299422

    BalasPadam
  6. Good product. Yea true, if i apply thick...it appears to crack. Bought mine here, http://m.11street.my/productdetail/hazeline-snow-moisturising-cream-snow-white-cream-18634398

    The price still considerable. Last week saya beli, expiry date masih lama. Tahun 2020.

    BalasPadam
  7. Masih ada jual kat shopee..lazada..11 street

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi bertandang ke nabihamashut.com. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx