Tanjak yang dipakai En.Z pada majlis persandingan
dan majlis bertandang adalah sama.

Hahaha.. tempah 1 je, tapi jimat dan boleh digunakan
untuk kedua-dua majlis terus. Memang itulah tujuan kami
menempah tanjak yang bernama "Lang Nyongsong Angin" ni




Tak sangka, masa majlis. Ramai dok tengok je tanjak ni.
dan ramai juga yang menegurnya
Sebab pelik dan tak sama dengan kebanyakkan tanjak yang ada
dijual dipasaran dan tanjak sewa daripada mana-mana Bridal.



Tanjak memang memainkan peranan dalam penggayaan seorang lelaki
Kata si pembuat tanjak, jika seorang lelaki mengenakan tanjak
yang sesuai dengan dirinya. Mereka akan lebih kelihatan
segak, hebat, kacak dan dalam erti kata lain terserlah kejantanannya
Wallahualam.



Bie tempah tanjak ni dengan seorang pesilat (Khairul) yang kini aktif dalam
pembuatan tanjak di Malaysia. Untuk lebih maklum, dia juga adalah
pembuat tanjak untuk sebilangan artis seperti Monoloque, Latif urgiba
dan banyak lagi



Sesiapa berhajat nak menempah,
Bolehlah hubungi En.Khairul ni.
Dia ni sangatlah peramah.
Tapi, syarat dia yang perlu dipenuhi adalah
dia cuma buat tanjak ikut ukuran kepala sipemakai je
No free size and adjustable ye.

Katanya melanggar etika pembuatan tanjak.
Hehehe

Facebook : Kronikel Tanjak
Blog : Kronikel Tanjak

Sekian 

 Bie

2 Ulasan

  1. @Cik Puan Tqah Hehehe.. ni pun pilihan en.suami. Dia berkenan yang jenis ni. Tambahan Bie pun memang suka. Nasib baik sesuai dgn dia :D

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi bertandang ke nabihamashut.com. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx