Assalamualaikum w.b,t
Minggu lepas, baru kami berkesempatan 
untuk pergi ke Pejabat Agama untuk ambil
Sijil Nikah kami, Ini kali ke 2 datang. Masa datang
1st time dulu. Terlupa nak bawa surat nikah sementara
yang warna pink tu. Makanya, asiklah tertangguh
nak pergi ambil Sijil Nikah yang sebenar.

Mujur kali ini balik lambat sedikit
dan Johor telah menukar hari pertama
bekerja pada hari Ahad. Alhamdulilah, dapatlah
ambil Sijil Nikah kami bersekali dengan membuat
Permohonan Kad Nikah Pintar
yang comel itu. hehehhe


Inilah borang itu, percuma sahaja
Boleh didapatkan di Pejabat Agama Daerah masing-masing


Borang ini hanya perlu diisi satu sahaja. 
Tapi, pemohon perlu melampirkan 2 set dokumen-dokumen 
dibawah. Maka, pastikan anda bawa dokumen ini secukupnya


Dokumen yang perlu

2 keping gambar suami bersongkok
2 keping gambar isteri bertudung
2 salinan kad pengenalan suami
2 salinan kad pengenalan isteri
2 salinan Sijil Nikah
Bayaran RM40


Khusyuk tak saya mengisi borang? hehehe
Dihadapan itu adalah komputer dan printer.
Kepada sesiapa yang lupa nak photostate dokumen berkenaan
bolehlah photostate di sudut komputer berkenaan
Kepada yang nak buat permohonan berkahwin juga, boleh login
dan isi borang nikah online disini.


Kami photostate Sijil Nikah dan Salinan Kad Pengenalan disini
dengan cas yang dikenakan 30sen setiap keping




Setelah itu, serahkan semua dokumen (salinan) dan borang 
ke Kaunter 1 atau Kaunter 2 terus kepada pegawai yang bertugas.


Permohonan selesai, Bayar RM40
kami dimaklumkan, kad akan siap dalam tempoh
1 bulan daripada tarikh permohonan dibuat
apa-apa pun, telefonlah pejabat terlebih dahulu
untuk pertanyaan. Yelah, membazir pula datang
jika kita dimaklumkan kad belum siap lagi kan?

Yeah! tak sabar nak tunggu kad nikah kami siap
boleh simpan dalam purse masing-masing kan?
Hehehhe..

Moga perkongsian ini membantu kalian

15 Ulasan

  1. kenapa kak bie punya kene buat sendiri ye?? ina just pergi majlis ambil yang dah siap je...:)

    BalasPadam
  2. @Keyna Sijil Nikah (besar) memang dia dah siap. Tapi yang jenis kad nikah (mcm kad pengenalan tu) je kena mohon. Tapi, up to kita juga sama ada nak mohon ke tak. Sebab ada bayaran 40ringgit

    BalasPadam
  3. wah! rm40 shj ya bie? rad kena rm50 masa 2012..

    BalasPadam
  4. tahniah ,selamat pengantin baru ..hihi

    salam perkenalan dear & jemput ke blog nana nanti

    BalasPadam
  5. tahniah ,selamat pengantin baru ..hihi

    salam perkenalan dear & jemput ke blog nana nanti

    BalasPadam
  6. tahniah ,selamat pengantin baru ..hihi

    salam perkenalan dear & jemput ke blog nana nanti

    BalasPadam
  7. kak bie, thanks info. boleh refer ni nanti nak kawen. kwen bila tu tak tauu la . hehe. thanks for this entry

    BalasPadam
  8. hye b2b.. jom melawat ig saya @gobokchermincreations
    saya ada buat khidmat pembuatan dan sewaan pakaian dan solekan...

    mana tau kalau berkenan kan...

    BalasPadam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  10. sekarang dh stay kelntan susah la nk buat permohonan kad nikah pintar tu..uwaaa...time nikah dulu x de pun..

    BalasPadam
  11. macam mana kalau sijil nikah dah hilang atau rosak..boleh ke kalau nk mohon kad pintar kalau sijil nikah xde..macam mana pulak proses nk buat sijil nikah baru...

    BalasPadam
  12. Tq sis..entry yg sangat membantu.sy memg carik dkumen apa nk bwk masa apply kad pintar..= )

    BalasPadam
  13. Dekat utc boleh apply kad pintar x eh??

    BalasPadam
  14. Kad nikah mmg apply di utc galleria tu..sy apply kat situ..tp da sebulan xsiap lg.... :(

    BalasPadam
  15. saya pun tak dapat lagi dah sebulan dah pun :(

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi bertandang ke nabihamashut.com. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx